Jom FoLLow MeMoLow..

Saturday, January 31, 2009

Ramalan Tok Batin

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah.
"Esok hujan," katanya.
Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah.
"Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat.
Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya.
"Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi.
Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Esok saya ada penggambaran. Semuanya bergantung pada tok untuk tentukan cuaca," jelas pengarah.
"Entahlah encik, saya tak tau!!! Radio dah pecah," kata lelaki tua itu menggerak-gerakkan bahunya...



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories