Jom FoLLow MeMoLow..

Saturday, October 18, 2008

Bill Gates

Bill Gates mati dalam sebuah kemalangan jalan raya. Dia mendapati dirinya telahpun berada di sebuah tempat
penyucian dosa. Tuhan juga brada di sana dan berkata, "Baiklah, Bill, saya benar-benar bingung dengan panggilan ini.
saya tak begitu yakin, apakah saya harus mengirimkan anda ke Neraka ataupun syurga.Kerana saya lihat, kerana saya melihat,
kamu sudah banyak membantu masyarakat dengan meletakkan komputer di setiap rumah hampir di seluruh dunia dan menciptakan windows
yang sangat menakjubkan.Akan saya buat sesuatu yang belum pernah saya buat sebelumnya.Khas untuk kamu , saya memberikan kebebasan unutk kamu memilih
di mana kanu ingin tinggal". Bill menjawab "Baik, Terima Kasih Tuhan.Tapi apa bezanya antara syurga dan neraka?. Tuhan berkata, "saya mengzinkan kamu
mengunjunginya terlebih dahulu supaya senang untuk kamu membuat keputusan".
"baiklah kalau begitu saya akan melihat Neraka terlebih dahulu". Bill pergi ke neraka.ternyata ia melihat neraka merupakan tempat yang indah dan bersih
dengan pantai yang putih dan air yang bening.Dan terdapat ribuan wanita cantik yang berlarian, berenang dan bermain air, tertawa riang gembira. matahari
pun bersinar cerah dengan suasana sejuk dan nyaman, sempurna sekali.

Bill tampak sangat senang. "wow, luar biasa!!! indah sekali di sana!!". Katanya kepada Tuhan." kalau neraka saja seperti itu, saya ingin sekali melihat syurga".
"Baik". kata Tuhan.Mereka pun pergi ke Syurga untuk melihat suasana di sana. Bill melihat syurga di tempat yang tinggi dengan diliputi awan yang indah.
Ramai Malaikat-Malaikat yang hidup dalam suasana aman dan gembira.Dia merasa damai melihat suasana di Syurga tetapi tidak tampak mengghairahkan seperti melihat neraka.
Bill berfikir sejenak kamudian mengambil keputusan. "hmmm saya fikir saya lebih senang kalau tinggal di neraka saja Tuhan." Dia beerkata kepada Tuhan.
"Baiklah kalau begitu jawab Tuhan, "sesuai dengan keinginanmu."

Kamudian Bill gates Pergi dan tinggal di neraka itu. Dua minggu kamudian, Tuhan ingin melihat sang jutawan itu samaada keadaanya baik-baik saja dan apa yang sedang dia lakukan.
Ketika Tuhan sampai di neraka, Dia menemui Bill di lorong yang gelap dan berteriak di tengah api yang menyala-nyala. Ia merasa amat tersiksa.
"Bagaimana keadaanmu Bill". Tuhan bertanya.Bill menjawab dengan suara yang berat, penuh penderitaan dan tak berpengharapan. "Sangat mengerikan Tuhan. Ia tidak
sama dengan apa yang saya lihat kelmarin. Di mana pantai berpasir putih, wanita yang cantik-cantik ada di situ??? Apa yang terjadi Tuhan???"
Tuhan berkata, "Ohhh itu kan hanya screen saver, Bill"

Thursday, October 16, 2008

Cerita Pesakit

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di
USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya
di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan
dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang
kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun
kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya
dengan susah payah dan berkata: "United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:
"Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan.

Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba
berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James..." dijawab
dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..." habis itu
mereka pengsan lagi.

Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua
masih mencuba melanjutkan percakapannya.
"Birmingham..." kata si Mat Saleh, dijawab Mamat:
"Kuala Kangsar..." pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk
berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan
nafas berkata:
"Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut:
"Capricorn..."




Kisah Laki Bini

Di suatu malam yang dingin, di dalam

sebuah bilik yang sederhana besar,

di atas katil...... sepasang suami isteri

yang telah lanjut usia baru masuk tidur.



Suaminya telah mula mengantuk tapi

isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya

bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan

isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya

dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar

selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"


Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

Naughty Boy.....







Dara Bajik???

Wednesday, October 15, 2008

Amazing Road Arts II










Pantun Jipun


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Bocor Lagi...Parlimen

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it’s PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice d├ęcor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers’ money
So please spend the money wisely

Tuesday, October 14, 2008

Around 20 minutes????

Zaman Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories