Jom FoLLow MeMoLow..

Friday, September 26, 2008

Nastrodamus (Kisah Peramal Agung)


Michel de Nostredame dilahirkan pada 14 Disember 1503 di St. Remy, Provence,Perancis.
Dia adalah seorang yang berbangsa Yahudi yang telah di’Kristian’kan oleh pemerintah
Perancis pada masa itu. Sesetengah biografi menyatakan bahawa beliau adalah anak kepadaJaunce, seorang pemborong gandum manakala sesetengah biografi lain menyatakan bahawabapanya seorang bangsawan yang hidup mewah di bumi Perancis bernama Jacques.

Bakat misterinya mengenai ramalan pertama kali mendapat galakan dan didikan awal dari
datuk-datuknya yang hidup dan menyanjungi Zaman Renaissance atau Zaman Pembaharuan di
Eropah ketika itu. Sejak kecil, Michel menunjukkan minat semulajadinya terhadap
matematikdan sains cekerawala atau dikenal sebagai sains astrologi.

Datuk di sebelah bapanya menghantar Michel untuk belajar seni liberal di kawasan paderidi Provence pada usia 14 tahun. Michel telah menyebabkan pendeta dan guru-gurunya marah pada beliau kerana menyokong dan membela para ahli astrologi dan tokoh sains yang kontroversi ketika itu iaitu Copernicus. Pada usia 19 tahun, beliau dihantar ke Universiti Montpellier untuk mempelajari ilmu perubatan. Michel lulus dengan mudah dan cemerlang serta mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1525. Selepas itu pengajian lanjutan beliau terhenti buat seketika kerana wabak bobunik telah menyerang Perancis. Wabak ini menyerang Perancis pada abad ke-16 dan dikenal sebagai le charbon atau Black Death. Oleh yang demikian, Universiti Montpellier ditutup dan pelajar-pelajar universiti tersebut bertebar keluar ke selatan Perancis untuk menangani wabak yang menyerang negara mereka. Dengan lesen dan kebenaran untuk mempraktikkan ilmu perubatan yang dipelajarinya, Michel berangkat dengan segala keperluan perubatanya menuju ke bandar-bandar yang diserang wabak tersebut.

Michel menuju ke arah barat Perancis melalui bandar Montpellier, Narbonne, Toulouse
dan Bordeaux, sama sekali tidak meninggalkan bandar yang disinggahinya tanpa
mengubati penduduk bandar-bandar terbabit. Di samping itu beliau turut berguru
dengan penyokong-penyokong Renaissance yang bergiat secara rahsia tanpa pengetahuan
kerajaan iaitu ahli-ahli kimia, ahli-ahli perubatan Moorish, Jewish Cabalists
(Komplot Yahudi) dan orang-orang Pagan. Sesetengah idea beliau mengenai penghentian
pendarahan dan amalam kebersihan yang agak progresif telah menimbulkan kontroversi
pada ketika itu. Pada tahun 1529, Michel pulang ke Montpellier dan menerima Ijazah
Kedoktoran (Phd) di Universiti Montpellier. Sejak saat itu, beliau mula menggunakan
nama yang diambil dari bahasa Latin iaitu Nostradamus. Beliau menjadi profesor
perubatan di Universiti Montpellier selama tiga tahun sehingga perselisihan serta
kontroversi di atas ketegasan dan kurikulum yang konservatif dari pihak universiti
menjadi tidak tertanggung untuk dirinya, dan beliau meninggalkan universiti tersebut
dan mempraktikkan ilmunya di Toulouse.

Pada tahun 1534, beliau berpindah ke Agen dan bersahabat rapat dengan Julius
Cesar Scaliger, iaitu seorang yang cepat berubah perangai dan juga pemikir
terkenal Renaissance. Di Agen, Nostradamus jatuh cinta kepada seorang gadis
dan berkahwin dengan gadis tersebut. Tidak dapat dipastikan dengan tepat nama
gadis yang mempunyai kedudukan yang tinggi, rupawan dan disenangi oleh Nostradamus
sendiri. Biografi berselisih mengenai nama isteri Nostradamus ini, ada yang mengatakannama isteri beliau ialah Adriete de Loubejac. Tetapi ada teori lain mengatakan itubukan nama isteri Nostradamus tetapi nama isteri Scaliger iaitu Andriete de Roques-Lobejac. Kebarangkalian ketiga ialah kemungkinan isteri-isteri mereka adalah sepupu atau adik-beradik di antara satu sama lain. Yang penting ialah
isteri Nostradamus telah melahirkan anak lelaki dan perempuan yang comel untuk
suaminya. Mereka hidup aman bahagia secara sederhana.

Pada tahun 1537, wabak le charbon menyerang kembali di Agen. Tangan yang
menyembuhkan beribu-ribu pesakit rupanya tidak berupaya untuk menyembuhkan
isteri dan anak-anaknya sendiri. Kawan-kawan dan keluarga beliau mula
berpaling darinya dan mereka menyatakan bahawa Nostradamus bertanggungjawab
di atas kematian isteri dan anak-anaknya. Scaliger mencemuh beliau dan
memutuskan persahabatan dengannya. Keluarga isterinya mendakwa Nostradamus
ke mahkamah dan mereka menang dalam dakwaan itu. Pesakit-pesakit beliau mula
menjauhkan diri dari beliau kerana mengikut kepercayaan karut mereka,
barangsiapa yang tidak dapat menyembuhkan keluarganya sendiri, itu bermakna
orang tersebut mempunyai komplot dan hubungan dengan syaitan. Beliau telah
disoal oleh pihak berkuasa gereja di atas sebab ini. Kemudian beliau bekerja
sebagai pengukir patung. Beliau tidak cekap mengukir patung Virgin Mary tetapi
mencemuh patung itu sebagai ‘acuan bersyaitan’. Beliau didakwa di atas dakwaannya
oleh penyiasat dari Toulouse. Akibat dari tekanan ini, beliau membungkus barang-barangnya dan keluar dari kota itu dengan menunggang keldainya pada malam hari.

Selepas enam tahun, hanya sedikit rekod mengenai dirinya dapat diketahui.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa beliau mengembara ke utara sejauh mengembara
ke Lorraine, mengembara ke timur sejauh mengembara ke Venice dan mengembara ke
selatan sejauh mengembara ke Sicily. Semua orang dapat mengagak bahawa pengembaraanny merentasi barat dan selatan Eropah hanya lah untuk mengelak daripada disiasat oleh pihak penyiasatan gereja. Oleh sebab itu lah beliau berhijrah dan membuat pemerhatian terhadap alam sekelilingnya. Pada suatu malam yang gelap gelita, bermula lah suatu yang mengejutkan dengan kuasa ramalannya.

Sekumpulan paderi-paderi bermazhab St. Francis berjalan di jalan yang berlumpur
di bandar Ancona, Itali tiba-tiba melihat seorang doktor berjalan seorang diri
menuju ke arah mereka. Apabila kumpulan paderi itu menghampiri Nostradamus,
Nostradamus membiarkan mereka berjalan di tepinya tetapi apabila beliau melihat
Brother Felice Peretti, Nostradamus terus melutut hormat pada Peretti.
Paderi-paderi yang lain hairan dengan tindakan Nostradamus kerana mereka
tahu bahawa Peretti sewaktu kecil hanya lah seorang pengembala khinzir
dan datang dari keluarga yang kurang berada. Jadi, mengapa Peretti perlu
dihormati dengan melutut di hadapannya. Paderi-paderi lain menyuruh Nostradamus
menerangkan akan tindakannya itu. Dia menjawab, " Saya mesti memberi hormat dan
melutut di hadapan Yang Teramat Mulia. " Paderi-paderi itu ketawa mendengar
keterangan yang diberikan oleh Nostradamus tetapi empat puluh tahun selepas
pertemuan itu, Brother Peretti telah diangkat menjadi Paus Besar dengan gelaran
Pope Sixtus V, sembilan belas tahun selepas kematian Nostradamus.

Kisah lain pula, Nostradamus pernah tinggal bersama Chateau de Florinville.
Pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar, perbualan mereka bertukar kepada
ramalan pula. Florinville ingin menguji kuasa ramalan yang dipunyai oleh Nostradamus.
Mereka berhenti di kandang khinzir dan melihat dua ekor anak khinzir, seekor
putih dan seekor hitam. Florinville bertanya pada Nostradamus mengenai khinzir
yang mana satu kah yang akan dihidangkan untuk makan malam nanti. Tanpa teragak-agak
beliau menjawab, " Kita akan memakan khinzir hitam manakala khinzir putih akan dimakan
oleh serigala. "

Florinville secara sulit menyuruh tukang masaknya supaya menyembelih khinzir putih.
Tukang masak itu menyediakan resepi yang lazat untuk memanggang khinzir itu di dapur
dan meninggalkan dapur itu buat seketika dan lupa menutup pintu dapur. Sepulangan
tukang masak itu ke dapur dilihatnya serigala jinak kepunyaan Florinville menjamah
daging khinzir panggang itu dengan lahapnya. Tukang masak itu menghalau serigala itu
dan dengan segera pergi ke kandang khinzir untuk menyembelih khinzir yang berwarna hitam.
Pada makan malam itu, mereka yang berada di meja makan itu begitu terliur dengan
hidangan khinzir panggang.

" Kita tidak memakan khinzir hitam sepertimana yang telah engkau ramalkan, dan tak
ada serigala yang akan menjamah hidangan ini. ", kata Florinville.

Nostradamus berkeras menyatakan bahawa hidangan itu adalah daging khinzir hitam lalu
Florinville pun bertanya pada tukang masaknya. Tukang masaknya pun mengiyakan kenyataan
Nostradamus. Apa lagi, naik pitam Florinville dibuatnya.

Nostradamus muncul di dalam sejarah pada tahun 1544 di mana beliau mengamalkan ilmu
perubatannya di persimpangan purba Sungai Riviera.

Sekitar tahun 1544-45, Provence dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir yang
besar pernah direkodkan. Sungai yang dalam itu dipenuhi mayat-mayat manusia dan haiwan
yang telah kembung terapung-apung di atas permukaan sungai. Air bah mulai surut pada
musim luruh meninggalkan kembali wabak yang hebat yang pernah melanda daerah itu beberapa
tahun dulu. Histeria dan kematian mulai kedengaran di kebanyakan kawasan di selatan
Perancis untuk beberapa tahun. Pada tahun 1546, Nostradamus dipanggil ke Aix, ibukota
Provence untuk menangani wabak le charbon. Beliau bekerja setiap masa selama dua ratus
tujuh puluh hari untuk merawati penduduk-penduduk yang sakit.

Dengan bantuan seorang pembantu yang bernama Joseph Turel Mercurin, Nostradamus telah
menghasilkan herba-herba wangi dan lozeng (gula-gula ubat) yang dibuat dari kelopak
bunga ros. Beliau akan memperingatkan pesakit-pesakitnya untuk membiarkan lozeng itu
berada di bawah lidah mereka setiap masa tanpa ditelan. Nostradamus menasihati
pesakit-pesakitnya meminum minuman yang bersih begitu juga kebersihan pada tempat
tidur dengan membuka tingkap untuk mendapat pengudaraan yang baik. Beliau juga
mencadangkan supaya mereka memakan makanan yang rendah lemak haiwan dan mengamalkan
senaman untuk kesihatan badan. Dengan ini lebih ramai pesakitnya yang sembuh dengan
mengamalkan nasihat-nasihat beliau, lebih elok daripada menghisap lozeng bunga ros
tersebut!

Apabila bala bencana itu telah tiada, wakil parlimen kota Aix telah memberikan Nostradamus
pencen dan penduduk-penduduk Aix telah menghujani beliau dengan ucapan terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga.

Setelah itu, hero kota Aix tersebut menerima jemputan dari Datuk Bandar Salon untuk
kes yang sama. Selepas itu juga beliau ke Lyon untuk kerja yang sama kerana menerima
panggilan dari penduduk Lyon. Tidak banyak catatan sejarah yang dibuat ketika beliau
berada di Lyon tetapi yang diketahui bahawa beliau dapat membenteras wabak batuk kokol
dengan menggunakan ubat yang dicipta oleh seorang ahli farmasi bernama Rene Hepiliervard.

Beliau kembali ke Salon untuk menetap di sana sepanjang hayatnya. Beliau terpesona
dengan kecantikan bandar itu. Beliau tinggal di rumah abangnya yang bernama Bertrand.
Bertrand telah memperkenalkan seorang wanita kepada Nostradamus, cantik, menarik dan
pandai, berasal dari keluarga yang terhormat dan terkenal di Salon. Anne Ponsarde
Gemelle, seorang janda yang kematian suaminya yang bernama Jean Baulne, telah menjadi
isteri kedua Nostradamus.

Untuk lapan tahun seterusnya, beliau mulai meninggalkan bidang perubatan dan mula
berjinak-jinak dengan industri kecil minyak wanginya.

Pada waktu inilah, beliau mengambil keputusan sepenuh hati untuk mengamalkan ilmu
ramalannya. Nostradamus menjadikan bilik teratas di rumahnya sebagai bilik untuk
meramalkan masa depan dunia. Beliau mulai menulis almanak tahunan dan membuat sedikit
amaran dan peringatan mengenai ramalannya. Beliau menulis ramalan kejadian dunia dalam
1110 rangkap ramalan yang membingungkan, menggunakan bahasa Perancis dan sedikit-sedikit
bahasa Latin, Yahudi, Itali, Arab dan Greek. Karya agung ini menyebabkan ramai pentafsir
menggaru kepala kerana gaya ayat-ayat yang membingungkan itu.

Beliau memulakan penulisan Les Propheties pada malam Good Friday 1554 dalam usia 51 tahun.
Les Propheties berjumlah sepuluh jilid di mana setiap jilid dipanggil Century dan
setiap Century mengandungi lebih kurang seratus rangkap ramalan.

Tiga jilid yang awal diterbitkan pada Mei 1555. Ianya dibuka dengan Preface atau
prakata yang ditujukan khas buat anak lelakinya, Cesar. Warkah ini mengandungi pengakuan
dan kenyataan mengenai teknik ramalannya dan gaya bahasa atau prosa ramalannya yang
ditulis sehingga tahun 3797 TM. Century I V sehingga Century V I I ditulis pada tahun 1557.
Tiga jilid yang terakhir dikarang olehnya pada tahun 1557 dan 1558 diselitkan dengan
prosa istimewa ramalannya yang dikenal sebagai Epistle to Henry I I
(Warkah buat Raja Henry ke-2), ditulis dalam gaya ayat yang mengerikan dan
prosa psikedelik yang mampu menyaingi Book of Revelation.

Pada tahun 1556, Les Propheties menimbulkan kemarahan pihak mahkamah. Ini
berlaku selepas Permaisuri Catherine de Medici menunjukkan rangkap ramalan
mengenai kemangkatan suaminya, Raja Henry II dalam perlawanan tombak berkuda.
Nostradamus didakwa dan dipanggil ke Paris. Tetapi perlu diketahui bahawa
Permaisuri Catherine bersahabat baik dengan Nostradamus malahan baginda telah
menyelamatkan Nostradamus daripada hukuman. Beliau kembali ke Salon dan kembali
membuat kerja rutinnya setelah ramalan mengenai kemangkatan Raja Henry II telah
berlaku pada tahun 1559. Dalam rangkap ke-35 Century I, beliau meramalkan bahawa
Raja Henry II akan mengalami kemalangan akibat daripada tusukan tombak pihak lawan
baginda di mana tusukan itu menerusi matanya dan menembusi hingga ke otak baginda.
Penyiasat (Inquisitors) meminta supaya Nostradamus dibakar hidup-hidup.
Hanya persahabatan Nostradamus dengan Permaisuri Catherine sahaja yang menyelamatkan
beliau dari bencana ini.

Pada awal 1560-an, Perancis mengalami sembilan peperangan yang berkaitan dengan
mazhab-mazhab agama Kristian dan Nostradamus telah diseksa oleh samseng-samseng
jalanan di Salon. Walaupun secara zahirnya beliau mengamalkan mazhab Katolik tetapi
kebanyakan pengikut mazhab Katolik percaya bahawa Yahudi yang di’Kristian’kan mempunyai
fahaman mazhab Calvinist. Manakala penganut mazhab Prostestant dan Calvinist memaki
Nostradamus sebagai Paus (Paderi Besar).

Nostradamus kali ini diselamatkan oleh Duke dan Duchess of Savoy, di mana mereka
menjadi penaung dan pelindung kepada Nostradamus. Ini berikutan ramalan Nostradamus
mengenai kelahiran anak lelaki kedua-dua bangsawan ini yang bakal menjadi pemimpin
Savoy yang hebat iaitu Charles Emmauel yang Agong. Terdapat ramalan yang ditulis dalam
bentuk buku almanak yang dinamakan Presages mengandungi 141 rangkap ramalan diterbitkan
pada tahun 1555 sehingga 1567.

Pada tahun 1564, ketika tour of pacification (Perjalanan Keamanan) merentasi Perancis,
Permaisuri Catherine de Medici dan putera remajanya Raja Charles IX singgah untuk melawat
Nostradamus. Sebelum menyambung perjalanan, Raja Charles IX menganugerahkan Nostradamus
gelaran Counselor and Physcian in Ordinary, dengan penuh penghormatan dan secara tidak
langsung Nostradamus turut mendapat gaji.

Nostradamus telah mencapai tahap karier yang tinggi dalam bidang ramalan. Hanya tinggal
setahun lapan bulan sahaja lagi untuk beliau hidup di muka bumi Perancis. Pada bulan Jun
1566, sekembalinya dari menjadi wakil Raja dari Embassy of Arles, beliau telah diserang
oleh penyakit gout. Nostradamus meminta ahli keluarga dan anak-anak muridnya supaya
memindahkan dirinya di atas bilik kesayangannya di mana di bilik inilah segala ramalan
mengenai sejarah dunia dapat dilihatnya dengan jelas dalam semangkuk air. Ramalan terakhir
mengenai kematiannya yang diramalkannya sendiri ialah:
On his return from Embassy, the king’s gift put in place. He will do nothing more,
He will be gone to God. Close relatives, friends, brothers by blood [will find him]
completely dead near the bed and the bench.

Pada siang hari, 2 Julai 1566, ahli keluarga dan kawan-kawannya mendapati beliau
meninggal di atas katilnya dengan menggalang kakinya pada bangku kerusi sama seperti
mana gaya kakinya ketika beliau sedang membuat ramalan.

Anne menerima wasiat oleh mendiang suaminya supaya mayat suaminya diletakkan
di dalam keranda dan keranda itu ditegakkan di dalam Church of the Cordeliers of Salon.
Pada makamnya tertulis epitaf ini dalam bahasa Latin:

Here rest the bones of the illustrious Michel Nostradamus, alone of all
mortals judged worthy to record with his near divine pen, under the influence
of the stars, the future events of the entire world. He lived sixty-two years,
six months and seventeen days. He died at Salon in the year 1566. Let not posterity
disturb his rest. Anne Ponsarde Gemelle wishes her husband true happiness.



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories