Jom FoLLow MeMoLow..

Wednesday, August 6, 2008

Kematian Yang Aneh

Sedang Vittorio Luise memandu keretanya berhampiran Naples, Itali,
angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya
itu tercampak ke dalam sebatang sungai. Untuk mengelakkan diri daripada
mati lemas, Luise memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai.
Dia terselamat, tapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok
yang tumbuh di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Luise
mati di tempat kejadian.

-Mike Stewart, 31, berdiri ke atas sebuah
trak untuk melakukan penggambaran filem tentang bahayanya
jambatan yang dibina terlalu rendah. Sedang dia asyik melakukan kerjanya,
trak tersebut terus meluncur laju melalui bawah jambatan tersebut.
Mike tidak sempat mengelak, tubuhnya terhantuk pada jambatan berkenaan
mengakibatkan diamengalami cedera parah dan seterusnya meninggal dunia.

-Tertekan kerana gagal mendapatkan pekerjaan
, Romollo Ribolla, 42, duduk di dapur rumahnya di Pisa
, Itali. Dia memegang sepucuk senapang dan bercadang untuk
membunuh diri. Isterinya menenangkan Ribolla dan mendesak
beliau supaya tidak bertindak demikian, Cubaan tersebut berhasil
dan Ribolla membatalkan hasratnya itu. Selepas menangis selama
setengah jam, Ribolla membaling senapang tersebut ke lantai, tapi
ia meletup dan menghamburkan pelurunya. Peluru tersebut mengenai
isteri Ribolla menyebabkan wanita berkenaan mati di tempat kejadian.

-Walter hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England,
mengalami sakit gigi yang agak teru,. Dia mengerang kesakitan,
tapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan sakit giginya ttu,
Hallas memanggil seorang kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk
ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan, Hallas terjatuh dan
kepalanya terhantuk ke lantai menyebabkan dia meninggal dunia akibat
tengkoraknya retak.

-Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan
di Tasik Kushaqua, New York, untuk seorang wanita yang
disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita
itu terbujur di dalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi
wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut
bangun daripada pembaringannya menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut
terkejut besar, termasuklah adik perempuannya yang rebah dan terus tidak
bangun-bangun lagi hingga ke akhir hayatnya!


-Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah
kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula
tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun,
atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian,
lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit...
kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat
pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya, lelaki tersebut mengalami cedera
parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan
bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories