Jom FoLLow MeMoLow..

Tuesday, August 26, 2008

Bahaya Nasi Dalam kehidupan...

Hasil dari research yang telah dijalankan bertahun-tahun
lamanya.Para saintis telah mmembuat kesimpulan bahawa
nasi secara tidak langsung banyak mendatangkan keburukan kepada
kehidupan seharian kita:

BUKTINYA:

1. NASI MENYEBABKAN KETAGIHAN
Seseorang yang tidak makan nasi dalam masa satu hari akan mengalami
kelaparan dan terasa sangat teringin makan nasi.Walaupun ada benda lain
sebagai makanan, paling lama pun kita tahan tak makan nasi hanya seminggu.
malah dikatakan penduduk di kalangan negara miskin yang mengalami kebuluran
juga ada kaitannya dengan ketagihan nasi.

2. Suku-suku pada zaman batu yang tidak pernah makan nasi terbukti TIDAK PERNAH
mengidap tumor, Alzheimer,osteoporosis ataupun Parkinson.

3. Hampir 99% jenayah dilakukan kurang dari 24 jam setelah penjenayah makan nasi.

4. Doktor melarang bayi yang baru lahir makan nasi. Hal ini membuktikan bahawa
nasi mempunyai impak yang merbahaya dan ia sudah dibuktikan dalam ilmu kedoktoran.

5. Kerak nasi biasanya diberi kepada itik atau ayam.Nah, sekarang kita sepatutnya
tahu dari mana datangnya selesma burung.

6. Jumlah pemakan nasi di asia lebih ramai jika dibandingkan dengan benua lain, misalnya
negara2 eropah dan amerika. Ternyata negara eropah lebih maju kalau dibandingkan dengan
negara asia.

7. Di warung-warung, biasanya KULI makan nasi dalam jumlah lebih banyak daripada
kaum eksekutif. Hal ini membuktikan jikamakan nasi MENURUNKAN kemampuan ekonomi
seseorang.

8. Nasi menyebabkan kita berasa haus/ menyerap air, sedangkan tubuh kita sebahgian besarnya
terdiri daripada air.

9. Dalam situasi tertentu, Makan nasi boleh MENINGKATKAN risiko kematian, misalnya makan
nasi sambil memandu kereta.

10. pengidap Diabetes disyorkan lebih makan kentang atau buah-buahan daripada maka nasi.
Beerti nasi kurang baik untuk kesihatan.

11. makan nasi menyebabkan keinginan untuk memakan benda lain khususnya lauk...Kalau lauk
goreng katakan...ia boleh menyebebkan obesiti. selain itu makan nasi secara tidak langsung
menyebabkan kehabisan banyak wang. apabila anda membeli nasi bungkus tentu anda akan
membeli lauknya sekali. tak termasuk air minuman.

12. Nasi mengandungi zat besi yang konfleks. Elektron yang luarnya 4s2.Zat lainnya Elektron
luarnya 4 iaitu ARSENIK (4p3), betere TITANIUM (4s2) dan satu yang paling penting yang terdiri
dalam nasi ialah terdapat racun yang boleh mengalahkan superman iaitu KRIPTON (4p6). ini
membuktikan nasi mengandungi zat yang berbahaya seperti bahan kimia yang lain.

13. Semua wira-wira yang terkenal di dunia juga
tidak sama sekali makan nasi. misalnya superman,batman
ultraman, Gaban dan power rangers. cuma satu wira yang
makan nasi iaitu Keluang man disebabkan itu namanya tak popular seperti wira2 lainnya.

14. Nasi Dimasak dalam suhu lebih daripada 100 darjah celcius. Dengan kepanasan
itu sudah cukup untuk membunuh seseorang. selain itu peralatan yang digunkan
untuk memasak nasi juga boleh mencederakan jika digunakan oleh suami isteri yang
sedang bergaduh.............



hahahahhahaaaaaa......anang ga nyau enggai makai asi udah maca artikel tu.....
kena betundi aja tu....tang bisi ke amat ga...



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories