Jom FoLLow MeMoLow..

Saturday, January 26, 2008

Pesakit Jiwa Dan Pilot

Pada suatu hari, seorang pilot telah ditugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan dipandunya. Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit itu melompat-lompat. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain. 5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memanggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, “Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata? Apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau tu?”. Pesakit itu pun menjawab “Saya bagi tau kawan-kawan saya…kalau nak melompat-lompat….pergi main kat luar!!!!!



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories