Jom FoLLow MeMoLow..

Saturday, January 26, 2008

Cerita Orang Sakit

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan. Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: “United Kingdom…” Mamat yang juga sedang lemah menjawab: “Malaysia…” Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian, mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…” Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…” Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian, setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapan mereka. “Birmingham…” kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat: “Kuala Kangsar…” Pengsan lagi. Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: “Cancer…” Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn…”



Related Articles by Categories


0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories