Jom FoLLow MeMoLow..

Friday, May 4, 2012

Cerita Si Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang

pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm.Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam

perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu

masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu,

semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan

nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil

berenang menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh
dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk
digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan ..

Thursday, April 12, 2012

Undang-Undang Pelik Seluruh Dunia

1.Anda tidak dibenarkan mati di Houses of Parliament, London
2. Mengepam tandas selepas pukul 10 pm untuk orang yang tinggal di sebuah apartmen adalah salah di sisi undang-undang di Switzerland
3. Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil dimana-mana dia mahu, termasuk jika diminta, dalam topi seorang anggota polis
4. Di Alabama, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi pemandu menutup mata semasa memandu kenderaan
5. Wanita di Vermont, Amerika Syarikat mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk memakai gigi palsu
6. Seorang doktor lelaki di Bahrain hanya boleh memeriksa kemaluan seorang wanita dalam pantulan cermin
7. Ia adalah haram untuk mendapatkan akses internet di Burma
8. Gula-gula getah adalah salah di sisi undang-undang di Singapura
9. Di Scotland, jika seseorang mengetuk pintu anda dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu membenarkan mereka.
10. Wanita tunggal tidak boleh Parachute pada hari Ahad di Florida
Undang-undang melibatkan haiwan:
1. Di Alabama, perlawanan gusti beruang adalah dilarang.
2. Di Alaska, rusa Amerika utara tidak dibenarkan dilihat dari kapal terbang.
3. Di Connecticut, ia adalah menyalahi undang-undang untuk mendidik anjing.
4. Di Arkansas, anjing tidak boleh menyalak selepas 6 PM.
5. Di Arizona, keldai tidak boleh tidur di dalam tab mandi.
6. Di Michigan, ia adalah haram untuk membiarkan babi anda bersiar-siar melainkan jika ia mempunyai cincin di dalam hidung.
7. Di Maryland, ia adalah haram untuk membawa singa menonton filem.
8. Di Florida, mengadakan hubungan seksual dengan landak adalah haram.
9. Di Oklahoma, orang-orang yang membuat ‘wajah hodoh “pada anjing boleh dikenakan denda dan / atau dipenjara.
10. Skunk tidak dibenarkan dibawa masuk ke Tennessee.
Undang-undang berkaitan negeri-negeri di US:
1. Di negeri Alabama, jika anda meletakkan garam di atas landasan keretapi, anda akan dihukum mati.
2. Anda dilarang memberi minuman keras kepada rusa di Fairbanks, Alaska.
3. Di Tombstone, Arizona, rakyat berusia lebih 18 tahun tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu gigi hilang apabila tersenyum.
4. Di Little Rock, Arkansas, mana-mana percumbuan di jalan-jalan bandar antara lelaki dan wanita membawa hukuman 30 hari dalam penjara.
5. Di California, ia adalah satu pelanggaran undang-undang untuk menembak  dari kenderaan yang bergerak, kecuali ikan paus.
6. Di beberapa bahagian Connecticut, ia adalah haram untuk bergerak lebih 25 mph, pada bila-bila masa.
7. Dalam Lewes, Delaware, ia adalah menyalahi undang-undang untuk memakai seluar panjang yang ketat.
8. Di Florida, mandi berbogel dianggap sebagai suatu kesalahan.
9. Di Hawaii, anda tidak dibenarkan untuk meletakkan syiling di telinga anda
10. Di Idaho, seorang lelaki dianggap melanggar undang-undang jika dia memberi wanita kotak gula-gula berharga di bawah 50 pound.
11. Di Champaign, Illinois, ia adalah salah di sisi undang-undang untuk membuang air kecil di dalam mulut jiran anda.
12. Ia adalah menyalahi undang-undang bercakap di belakang atau bergosip tentang seseorang di Indiana.
13. Jika anda seorang pemain piano bertangan satu di Iowa, anda mesti bermain secara percuma.
14. Di Topeka, Kansas, anda tidak dibenarkan untuk memasang tab mandi.
15. Di Louisiana, anda tidak boleh berkumur di tempat-tempat awam.
16. Di Maine, berhadapan dengan tindakan undang-undang jika melangkah keluar dari pesawat yang masih dalam penerbangan
17. Di Boston, Massachusetts,  ia adalah haram untuk bermain biola
18. Di Michigan, anda boleh didakwa oleh perompak yang mendapat cedera ketika berada di dalam rumah anda
19. Di Minnesota, anda tidak melintasi sempadan negeri dengan membawa itik di atas kepala anda.
20. Dalam beberapa bahagian Mississippi, anda tidak dibenarkan untuk bercukur di tengah-tengah jalan utama.
21. Di Kansas City, Missouri, kanak-kanak di bawah umur tidak boleh membeli pistol, tetapi mereka dibenarkan untuk membeli senapang patah.
22. Jika anda seorang lelaki yang tinggal di Omaha, Nebraska, anda tidak boleh berjalan di jalan-jalan dengan dada anda dicukur.
23. Di negeri Nevada, anda tidak boleh menunggang unta di lebuh raya.
24. Lembu yang melintas jalan negeri di New Hampshire perlu dilengkapi dengan alat pengumpul najis.
25. Di  New Jersey, bermuka masam pada seorang anggota polis tidak hanya biadab, ia adalah menyalahi undang-undang.
26. Dalam Corazozo, New Mexico, wanita yg tak bercukur tidak boleh muncul di khalayak ramai.
27. Jika anda melompat dari bangunan di negeri New York, anda akan dikenakan hukuman mati.
28. Di North Carolina, ia adalah salah di sisi undang-undang untuk menyanyi di off-key.
29. Di North Dakota, anda tidak dibenarkan memakai kasut diatas katil.
30. Di Marian, Ohio, berjalan ke belakang di jalan bandar sambil makan donut adalah tidak dibenarkan.
31. Di Myrtle Creek, Oregon, ia adalah haram untuk bertinju dengan kanggaru.
32. Wanita di Morrisville, Pennsylvania perlu mempunyai permit untuk memakai kosmetik
33. Di Rhode Island, mana-mana perkahwinan di mana sama ada pengantin perempuan atau pengantin lelaki adalah bodoh atau orang gila dianggap batal dan tidak sah.
34. Di Fountain Inn, South Carolina, kuda dikehendaki memakai seluar panjang.
35. Berbaring dan tidur di kilang keju di South Dakota adalah menyalahi undang-undang.
36. Tennessee membolehkan anda untuk mengumpul dan makan mangsa kemalangan di jalanan.
37. Di Texas, Ensiklopedia Britannica diharamkan, kerana ia mempunyai formula yang menerangkan bagaimana untuk membuat bir.
38. Jika anda tinggal di Utah, anda boleh berkahwin dengan sepupu anda, apabila anda mencapai umur 50 tahun.
39. Anda dikehendaki untuk mandi pada hari Sabtu di Barre, Vermont.
40. Di Norfolk, Virginia, ia adalah menyalahi undang-undang bagi seorang lelaki untuk menepuk punggung seorang wanita.
41. Di Lynden, Washington, minum arak dan menari tidak boleh dilakukan di tempat yang sama
42. Pada Nicholas County, West Virginia, pendakwah tidak boleh memberitahu cerita lucu dari mimbar
43. Undang-undang  Wyoming melarang anda dari mengambil gambar arnab sepanjang bulan Jun.

Saturday, January 28, 2012

YaNg MesTi AnDa PatUt TahU

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik..^_^

Friday, December 30, 2011

GamBar PeMBiNaaN KaPaL TiTaNiC..Coolll..

















Thursday, December 15, 2011

Only In India.... Budget Airline



There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Grab this Widget ~ Blogger Accessories